Dari Hati Perunding Anda
"Saya Pernah Berada Di Tempat Anda."
Kehilangan pasangan adalah satu fasa yang paling berat untuk dilalui. Berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri apabila bekas suami meninggal dunia, saya sedar bahawa emosi yang terbeban tidak sepatutnya ditambah dengan bebanan kewangan.
Misi saya hari ini adalah untuk memastikan tiada lagi isteri atau anak-anak yang bimbang tentang kelangsungan hidup apabila ketua keluarga tiada atau hilang upaya. Saya di sini bukan sekadar menjual polisi, tapi untuk menyediakan 'payung' sebelum hujan.